IPOH: Kerajaan akan terus mencari jalan bagi memastikan harga barang di Malaysia berada pada paras yang tidak membebankan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata ia termasuk meningkatkan pengeluaran produk makanan dalam negara serta langkah-langkah tambahan daripada kerajaan.
Justeru, Perdana Menteri memberi jaminan kerajaan tidak memandang ringan isu itu meskipun mendapat kecaman daripada orang ramai yang tidak memahami secara menyeluruh mengenai masalah kenaikan harga barang.
"Contoh paling baik itu (langkah-langkah kerajaan) macam kerja (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) Datuk Seri Salahuddin Ayub (yang meninggal dunia baru-baru ini), dia sentiasa fikir macam mana nak berunding dengan syarikat, kedai dan pengeluar, bagaimana nak kurangkan harga.
"Tetapi seluruh dunia menghadapi masalah ini dan kita masih cuba selesaikan dengan sebaik mungkin, sekarang sudah (Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk) Armizan (Mohd Ali) turut membantu untuk tengok, kawal kerja-kerja di kementerian supaya hal ini dapat diteruskan dan kita ambil langkah-langkah tambahan," katanya.
Anwar berkata demikian ketika berucap merasmikan program Jualan Rahmah Mega@Tambun di Perkarangan Tempat Letak Kereta Mydin Manjoi di sini hari ini.
Perdana Menteri juga berkata usaha bagi memastikan harga barang berada pada paras yang tidak mebebankan rakyat bukanlah suatu perkara mudah untuk dilakukan namun kerajaan tetap akan mencari jalan untuk melaksanakannya dan tidak boleh 'lepas tangan.'
Beliau turut berkongsi masalah yang dihadapi oleh kerajaan dalam isu itu dengan memberi contoh beberapa hari lepas, India telah menaikkan cukai sebanyak 40 peratus untuk eksport bawang putih dan bawang merah.
"Minggu lalu India pun naik cukai 40 peratus, maknanya ada hari kita boleh kawal, ada hari yang susah nak kawal kerana India naik cukai 40 peratus bagi nak eksport bawang ini. Kita nak tanam ambil masa sikit sebelum ada hasil.
"Tetapi kalau setakat ayam dan telur, sekurang-kurangnya Alhamdulillah, semasa kita perintah ini ada ayam dan telur... kemudian kerajaan terpaksa bayar subsidi untuk tampung harga ayam, kalau kita tak bayar harga subsidi, harga akan tinggi," katanya.
Justeru, Anwar berkata sudah tentu kerajaan memerlukan perancangan untuk masa depan seperti memastikan lebih banyak pengeluaran dalam negara supaya Malaysia tidak terlalu bergantung kepada barangan import.
"Saya telah arah semua syarikat besar kerajaan macam Sime Darby, Guthrie, Felda... kena fikir dah bab ini kerana kita import barangan makanan terlalu banyak, Malaysia ini tanah subur tetapi kita import semua barang makanan.
"Jadi, kita dah arah supaya syarikat-syarikat ini juga bawa keluaran hasil yang lebih besar. Sebab itu Khazanah umpamanya, bekerjasama dengan syarikat Farm Fresh dan sebagainya untuk keluaran dalam negeri," katanya.
Perdana Menteri berkata melalui cara ini, kos sesuatu produk boleh direndahkan kerana ia dihasilkan dalam negara.
"... kalau import tentu harganya lebih tinggi," katanya.
Program Jualan Rahmah Mega@Tambun, yang dihadiri kira-kira 8,000 pengunjung, berjaya mencatat nilai jualan sebanyak RM270,000 bagi 36 produk.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 24 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada program Jualan Rahmah Mega @ Tambun di Pasaraya Mydin Manjoi hari ini. - Foto BERNAMA
UAE sumbang 100 tan bantuan makanan, perubatan untuk mangsa banjir di Brazil
Dua lagi pesawat dijadual dihantar dalam tempoh dua hari lagi membawa 200 tan bantuan.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Johor kutuk keganasan, ekstremisme
DUN Johor pada Ahad, mengutuk sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme ke atas insiden serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram.
Angka korban akibat banjir di Afghanistan cecah 400 orang
Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian.
Sarang lebah kurang di Semenanjung, racun perosak antara punca kepupusan
Lebah kini berada dalam senarai spesies terancam dan dianggarkan tahap kemusnahan serangga itu telah meningkat 42 peratus.
Negara perlu 84 balai bomba baharu - KPKT
Pembinaan 84 balai bomba baharu itu juga akan seiring dengan jumlah pegawai dan anggota yang berkhidmat di kemudahan itu.
Afrika Selatan menguatkan seruan global untuk tindakan undang-undang dalam krisis Gaza
Usaha terbaharu itu merupakan tindakan penting yang diambil negaranya dalam menyokong hak dan kenegaraan Palestin.
Pemimpin Israel berpecah kerana tadbir urus Gaza pasca perang
Ia turut didorong serangan tidak dijangka di beberapa wilayah Palestin oleh Hamas, selain kumpulan berkenaan mengumpulkan semula pasukannya di utara Gaza biarpun Israel sebelum ini, mendakwa ia sudah dinyahaktifkan di lokasi terbabit.
Malaysia, Uzbekistan boleh jalin perkongsian strategik bidang berkaitan kepentingan umat Islam
Kedua-dua negara majoriti Islam itu boleh bekerjasama sebagai pasukan yang kuat dalam pelbagai bidang yang mempunyai minat khusus umat Islam.
Kes COVID-19 Singapura naik hampir dua kali ganda
Untuk melindungi kapasiti katil hospital dan sebagai langkah berjaga-jaga, hospital awam diminta mengurangkan kes pembedahan elektif yang tidak mendesak dan memindahkan pesakit yang sesuai ke kemudahan penjagaan seperti Kemudahan Penjagaan Peralihan atau di rumah melalui Mobile Inpatient Care@Home.
Faisal Halim tunjukkan kesembuhan positif - Adam Adli
Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim, kini menunjukkan tanda-tanda kesembuhan yang positif.
Harga bahan ruji, barang keperluan pengguna mungkin naik disebabkan kos operasi tinggi - Maybank IB
Maybank IB tidak menolak kemungkinan berlakunya kenaikan harga bahan ruji serta barang keperluan kesan daripada peningkatan kos pengeluaran dan operasi.
Trend harga di Malaysia makin mahal - Inflasi, indeks harga pengeluar naik pada Feb dan Mac - DOSM
Trend harga di Malaysia memperlihatkan peningkatan inflasi 1.8% pada Februari 2024 selepas tiga bulan berturut-turut dilaporkan pada kadar 1.5 peratus.
PM arah menteri turun padang tinjau harga, kuantiti barang menjelang Aidilfitri - Fahmi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua menteri agar turun padang untuk melihat sendiri keadaan semasa termasuk isu berkaitan harga dan kuantiti barang keperluan di pasaran.
Bekalan cukup pengaruhi kestabilan harga - Armizan Ali
Pelbagai elemen diambil kira dalam menentukan harga barangan termasuk ketersediaan bekalan di pasaran yang akan mempengaruhi kestabilan harga.
Kadar baharu SST: Peniaga berperanan tentukan harga - Pakar
Pemerhatian mendapati ada peningkatan harga namun tidak melibatkan semua jenis barang.
Rakyat jimat RM27.8 juta melalui Jualan Agro Madani
Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, penjimatan itu melibatkan kira-kira 11.6 juta rakyat yang berbelanja di jualan tersebut.
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Kerjasama semua pihak perlu untuk capai sifar kemiskinan - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyeru semua pihak agar bekerjasama dalam memobilisasi usaha bagi memastikan kemiskinan benar-benar dapat disifarkan dan tidak dibebankan ke atas kerajaan.
Jawatankuasa khas fokus seragam harga barang di Sabah, Sarawak, Labuan
KPDN akan menjadi urus setia bagi jawatankuasa khas itu yang turut melibatkan kementerian lain serta wakil daripada kerajaan Sarawak, Sabah dan Perbadanan Labuan.
Belanjawan 2024: RM200 juta bagi inisiatif Payung Rahmah cerminkan usaha kerajaan bantu rakyat
Inisiatif Payung Rahmah amat membantu masyarakat khususnya golongan kurang berkemampuan mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih murah.